This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, 7 February 2015

Sumber Kalsium Semulajadi dan Tanda Kekurangan Kalsium

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kalsium adalah sangat penting untuk setiap individu. Kebanyakkan orang selalu ingat kalsium ini datangnya daripada minum susu sahaja.
Kalsium adalah makro mineral  yang amat sangat penting untuk tubuh lebih dari 100mg per hari. Fungsi utama kalsium adalah berperanan penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Dan jika tubuh kita kekurangan kalsium biasa menyebabkan pertumbuhan tulang terganggu dan mengalami osteoporosis. Maka dari itu untuk mencegah kekurangan kalsium, biasanya orang-orang lebih memilih susu untuk memenuhi keperluan kalsium harian. Mungkin karena mereka belum tahu bahwa kalsium juga terdapat dalam beberapa jenis makanan selain susu.

Friday, 14 November 2014

Membuang Gemuk Air, Gemuk Lemak, Gemuk Angin Dan Gemuk Daging Dengan Set Kurus Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera,tahu tak gemuk ada jenisnya.Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan gemuk tu kan? Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan panggilan macam tu.

Okay….. Sekarang, jangan sedih-sedih lagi. Sebelum kita nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak yang ada kat badan kita ni, kita kena tahu, jenis-jenis gemuk yang ada. Dan kita ni dalam kategori gemuk yang mana satu. Bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. Okay…jom kita check!

Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.

Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu :

1- Jenis Gemuk Air

Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia terjadi kerana apabila otak mendapati empunya badan  jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.

Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

Antara punca lain gemuk air adalah kerana terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila  seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.

Minum Banyak Air Kosong
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.
Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.


Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.
 

Amalkan Bersenam

Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.

Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.


Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.

Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.


Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.

Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.


2- Jenis Gemuk Angin

Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak, yang ni kena jaga-jaga sikit. Jangan boom kat orang belakang sudah…hehe… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.

3- Jenis Gemuk Lemak

Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

4- Jenis Gemuk Daging

Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.


Nak tahu tak cara tentukan kita ini jenis gemuk yang mana..
  • Picit bahagian tengah lengan,kalau ianya lembik dan menggeleber...ini adalah gemuk air dan angin
  • Picit bahagian tengah lengan,kalau ianya terasa pejal dan padat...ini adalah gemuk daging
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.Gemuk daging ini agak sukar prnurunannya atau mengambil masa yang agak lama,ini kerana banyak lemak sudah sebati dengan daging.

Kesemua ketegori di atas boleh di atasi dengan Set Kurus yang saya amalkan sekarang ini.
Kesemua lemak-lemak yang degil dapat di singkirkan dengan selamat,badan pun sihat. Tidak perlu berlapar hanya ikut saranan yang saya berikan sekali nanti.



Sebelum itu,jom layan testimoni yang berjaya... KLIK SINI ye


Boleh hubungi saya di :
FaceBook : Qaseh Amani
Sms/whatsapp : 017-6124528
Cod : Gemas, Segamat, Tampin, Bahau, Palong dan penghantaran ke seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, menyembuh, mencegah pelbagai penyakit *
* Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google+1 :-) *



Saturday, 13 September 2014

Pemakanan Yang Mampu Kawal Tekanan Darah Tinggi

Pemakanan yang sihat dan seimbang boleh membantu kawalan Darah Tinggi dengan baik. Darah Tinggi sering terjadi tidak kira usia.Faktor gaya hidup yang tidak sihat selalu mengundang kepada sesuatu penyakit. Tidak kira usia muda ataupun tua.Dengan makan segera, berminyak, kolestrol tinggi, berasid,banyak perisa dan bermacam-macam lagi lah.



Kawalan Darah Tinggi dengan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Tekanan Darah Tinggi ( Hipertensi ). Apa yang kita tahu dengan Darah Tinggi??Tekanan Darah Tinggi yang dikenal pula dengan hipertensi terjadi ketika tekanan darah terus menerus tinggi dan bertahan selama satu waktu. 

Thursday, 28 August 2014

Fungsi Vita-Lea Dalam Mengatasi Anemia ( HB Rendah )

HB rendah atau kurangnya sel-sel darah merah sering terjadi kepada sesiapa sahaja, khususnya wanita hamil sering mengalami masaah HB rendah ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang khasiat Vita-Lea Shaklee dalam menambahkan sel-sel darah merah pada sesiapa yang mengalami masalah HB rendah.

Wednesday, 27 August 2014

Punca-Punca Anemia Berlaku

Kehidupan seharian sekarang yang sibuk dan aktif adalah punca seseorang itu kurang mengambil berat tentang kesihatan sendiri. Tiada masa untuk mengambil makanan yang khasiat dan seimbang.
Seperti yang kita ketahui,anemia atau yang kita kenali sebagai kurang sel-sel darah merah sering terjadi pada kaum wanita dan juga remaja.

Monday, 25 August 2014

Bahaya Kurang Sel-Sel Darah Merah ( Apa Itu Anemia )

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang penyakit Anemia iaitu kekurangan sel-sel darah merah atau hemoglabin dalam darah. Lazimnya sering dialami oleh kaum wanita dan remaja.Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.Ingin tahu punca anemia Klik Sini

Sunday, 6 July 2014

Bahaya Vitamin Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bagi ibu hamil haruslah ambil perhatian dalam pengambilan supplement tambahan. Tidak semuanya baik untuk di makan ye, hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang vitamin yang tidak boleh di ambil semasa mengandung...


Friday, 4 July 2014

Cara Mencairkan Susu Beku Dengan Selamat

Penyusuan penuh pada anak sehingga usia 2 tahun amatlah di galakkan.Siapa kata susu badan ini tidak boleh di simpan dengan baik dalam peti sejuk.Dengan cara yang betul penyimpanan susu boleh kekalkan khasiat susu badan ini. Haba kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrisi penting dalam susu ibu.Untuk mengelakkan kekurangan nutrisi penting ini, haruslah mengikut langkah-langkah yang di beri.

Tuesday, 24 June 2014

TIP UNTUK HILANGKAN PERUT YANG BUNCIT DAN TESTIMONI KURUS DALAM 3 BULAN

Perut yang buncit sering kali membuatkan seseorang individu itu kurang berkeyakinan. Untuk mengelakkan seseorang itu mengalami perut yang buncit atau ingin kurangkan perut yang buncit. Di sini saya ada beberapa petua untuk di amalkan di samping mengamalkan Set Kurus Shaklee.Sebelum itu jom kenali gemuk diri sendiri, Klik Sini


JADUAL PENGAMBILAN SET KURUS DI BULAN PUASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, siapa yang tidak ingin bergaya, sihat, disamping berdiet untuk mendapatkan berat badan yang seimbang. Sudah ramai yang berjaya untuk kurus dengan selamat dengan shaklee. Yang penting haruslah mengikut langkah-langkah yang di berikan ini.

Thursday, 19 June 2014

PUNCA-PUNCA ATAU FAKTOR LELAKI KETIDAKSUBURAN

Saya sering berfikir, kanapa ramai orang sering menuding jari terhadap kaum wanita bagi masalah tidak mendapat anak apabila sudah berkahwin. Masalah ketidaksuburan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, bukan terhadap kaum wanita sahaja, malah pada kaum lelaki pun ada juga.

TAMBAHKAN KEKUATAN ,SPERMA YANG BAIK UNTUK BAIKI KETIDAKSUBURAN LELAKI

Kebanyakan orang ramai sekarang selalu menuding jari terhadap kaum wanita seandainya sudah lama berkahwin tapi belum mendapat zuriat lagi. Ini lah lumrah kehidupan sejak zaman dahulu hingga kini. Kadang kala masalah kesuburan ini pun ada yang berpunca daripada kaum lelaki juga, kerana ego yang tinggi ramai yang takut untuk melakukan pemeriksaan ketidaksuburan. Sesetengah lelaki mengangap sebagai langkah untuk mempersoalkan kejantanan lelaki. Belum disahkan sebagai lelaki MANDUL.
Perkataan mandul seakan dengan pondan, ianya sungguh pahit untuk ditelan bersama dengan keegoan lelaki. Maka ramai yang menuduh kaum wanita yang mengalami ketidaksuburan.Kesian kaum wanita kan kalau sering di angap macam ini. Jngan lah macam ini, sepatutnya kalau inginkan zuriat seharusnya mesti bersatu hati untuk membuat pemeriksaan bersama pasangan masing-masing..


Saturday, 14 June 2014

Vita-Lea PilihanTerbaik Untuk Ibu Hamil Daripada Obimin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ini tergerak hati ingin berkongsi sedikit tentang perbezaan Obimin dengan Vitalea Shaklee. Mesti semua ibu hamil sedia maklum selalu di bekalkan dengan vitamin yang namanya Obimin. Sejak saya kanal dengan shaklee, baru saya tahu banyak vitamin di pasaran ini adalah vitamin sintetik. Patutlah bila yang ada ibu hamil mengalami HB rendah, menten je tak naik-naik. Jenuh nak makan kerang, hati, daging hari-hari untuk naikan HB nie..

Nak tahu tidak, perbezaan antara vitamin sintetik dan vitamin semulajadi?Jom baca nie..

TESTIMONI MASALAH KETIKA HAMIL DAPAT DI ATASI DENGAN SELAMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya suka sangat apabila ramai yang berpuas hati apabila mereka yang mengandung mengamalkan set hamil daripada shaklee ini. Mana yang tahu, setiap kali hamil, masti mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis ( tidak semuanya sama ),loya, kerap tidur dan sebgainya lah... Hari ini saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan daripada Sis Nieyta.


Thursday, 12 June 2014

Makanan Yang Membantu Tambah Darah ( Anemia )

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dan salam perkenalan dari saya, anemia adalah salah satu penyakit yang sering terjadi, terutamnya pada wanita atau remaja. Anemia terjadi saat jumlah sel darah merah di dalam tubuh badan adalah rendah dan kadar hemoglabin di dalam darah rendah daripada normal. 



Wednesday, 11 June 2014

Atasi HB Rendah Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada bulan ini saya selalu suka berkongsi tentang ibu hamil. Ini kerana anak yang di kandung adalah anugerah yang tidak terhingga pada setiap orang. Apa yang harus kita lakukan adalah menjaga kandungan dengan baik. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang kekurangan zat besi pada ibu hamil.

Tuesday, 10 June 2014

PENGALAMAN SIS HANNA MENGAMALKAN SET HAMIL SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ibu yang hamil adalah anugerah daripada Allah s.w.t pada setiap pasangan. Sama ada ianya lambat dan cepat sahaja, zuriat yang terhasil daripada kasih sayang sesama insan.... Hari ini saya teringin sangat untuk berkongsi salah satu testimoni Ibu Hamil, Kalau berminat, Call lah saya.. :-)




Jom kita baca kisah ibu dan anak ini 

Monday, 9 June 2014

WAJIB ATAU TIDAK MINUM GULA KETIKA HAMIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sewaktu saya hamil dulu saya di sarankan untuk minum air gula. Pada mulanya saya terkejut juga, ye lah dalam keluarga saya tidak ada yang mengalami kencing manis ( diabetis ). Rupanya di setiap klinik kerajaan sekarang, minum air gula adalah wajib untuk memeriksa ibu yang hamil menghidap GDM. Ini kerana ibu hamil berisiko mendapat Gestational diabetis ( GDM ) ini adalah kencing manis @ diabetis yang terjadi hanya ketika hamil sahaja dan bukanya ketika tidak hamil.


Sunday, 8 June 2014

GULA TINGGI ATAU DIABETIS KETIKA HAMIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah membaca entri saya yang lepas? mengenai Darah Tinggi semasa hamil dan cara kawalan dengan shaklee. Setiap individu lain penyakitnya. Tidak semestinya ibu yang hamil akan mempunyai darah tinggi atau kencing manis. Ada yang sihat juga tau, tapi ibu hamil jangan lah risau ye, shaklee ada segalanya untuk mengawal masalah ini.