Thursday, 3 April 2014

KENAPA PERLU DETOX UNTUK USUS

# SET KURUS, RISAU BERAT MENINGKAT, # PEMAKANAN YANG SIHAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera, setiap individu mesti ada keinginan untuk menjalani kehidupan seharian dengan sihat. Tapi tahukah anda kebanyakan penyakit berpunca daripada pemakanan yang kita ambil? Ya, setiap apa yang masuk ke dalam usus kita akan membawa khasiat dan juga toksin. Sekiranya kita makan melebihi apa yang badan kita perlukan, ia akan menjadi sampah atau toksin yang boleh mendatangkan masalah penghadaman. 






Antara faktor-faktor yang boleh mendatangkan masalah ini adalah kerana:
  • Pengambilan Antibiotik -> Pengambilan antibiotik yang terlalu kerap atau terlalu banyak boleh membunuh bakteria baik di dalam badan kita. Ini juga boleh mengganggu sistem penghadaman.
  • Diet yang tidak sihat -> Pengambilan diet yang tidak sihat seperti snek, minuman berkarbonat, gula yang berlebihan juga boleh memberikan kesan buruk terhadap sistem penghadaman kerana tiada nutrien dan fiber yang boleh membantu proses penghadaman. Makanan tersebut akan menjadi sisa dan keluar sebagai najis. Sekiranya najis tersebut tidak dikeluarkan sebersihnya, ia akan melekat di dinding-dinding usus dan membuatkan usus tersumbat.
  • Mengambil makanan yang kurang fiber -> Untuk membantu proses penghandaman secara lancar, kita perlu mengambil fiber yang secukupnya dalam diet seharian kita. Fungsi fiber adalah untuk mengeluarkan sisa dari usus. Sekiranya sisa masih terlekat di usus, ia boleh mendatangkan sembelit dan bertukar menjadi toksin dan diserap oleh salur darah. 
  • Dadah/ Ubat -> Pengambilan dadah/ ubat yang terlampau kerap boleh memberi kesan buruk terhadap sistem penghadaman. Terdapat beberapa jenis ubat yang tidak elok untuk usus antaranya antacids, antihistamines, laxatives, steroid, pil perancang keluarga, aspirin, acetaminophen dan ubat-ubat anti radang yang lain. Ubat-ubat ini boleh merosakkan dinding perut dan menjejaskan penghadaman dan boleh mengakibatkan jangkitan.
  • Memakan buah dengan makanan lain -> Buah-buahan seharusnya dimakan begitu sahaja tanpa dicampur dengan makanan lain kerana ia mengandungi enzyme yang tinggi. Buah-buahan hanya mengambil masa antara 20-30 minit untuk dihadam dan untuk penyerapan nutrien. Jika buah-buahan dimakan dengan makanan yang lain, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan. Buah-buahan tersebut akan terperam ketika proses penghadaman dan mengakibatkan gastritis. 
  • Tabiat makan yang kurang baik -> Pengambilan protein dengan makanan berkanji seperti pasta dan kenatng akan menjadikan sistem penghadaman mengalami stress. Makanan yang tidak dikunyah dengan baik sebelum ditelan juga akan menyebabkan perut kembung. Ia juga boleh mengakibatkan sembelit.
  • Toksin daripada pencemaran alam -> Kehidupan kita sekarang ini lebih terdedah kepada pencemaran alam sekitar termasuk bahan kimia, radiasi, air yang tercemar, raksa dan logam. Pendedahan terhadap pencemaran ini menyebabkan badan kita bertindak balas secara semulajadi untuk menyingkirkannya dan proses ini menggunakan tenaga. Oleh itu, tenaga yang diperlukan untuk proses penghadaman juga berkurangan.

Antara tanda-tanda usus anda tersumbat atau tidak bersih adalah:
  •  Sembelit
  •  Selalu sakit kepala
  •  Susah nak hadam
  •  Selalu lesu dan tidak bertenaga
  •  Selalu kentut
  •  Mudah marah dan moody
  •  Nafas dan najis berbau
  •  Perut buncit
  •  Selalu lapar
  •  Wajah kusam

Apakah pula kesannya jika usus anda kotor dan bertoksin?


  •  Jantung stress dan lemah
  •  Sakit sendi dan arthritis
  •  Gastrik
  •  Radang hati
  •  Ulser peptic
  •  Cirit-birit
  •  Kanser kolon
  •  Menjejaskan fungsi otak dan mempercepatkan nyanyuk
  •  Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit bercela, terdapat banyak tompok hitam pada kulit
  • Cepat nampak tua
  •  Berat badan bertambah
  •  Badan lesu dan otot lemah

Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengamalkan pemakanan sihat disamping mengambil suplemen-suplemen yang boleh membantu proses pelancaran penghadaman di dalam usus anda. Shaklee menawarkan beberapa produk yang sesuai dalam permasalahan ini. Antaranya ialah:

  1. Alfalfa -> Menyingkirkan lemak dan kolestrol kerana alfalfa mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  2.  Herb Lax -> Membantu membersihkan najis yang tersumbat di dalam usus anda

  1. Lecithin @ Omega Guard -> Membantu membakar dan memecahkan lemak yang tersumbat di dalam usus anda.

Diantara testimoni yang berjaya :


Mesti cemburu lihat mereka yang berjaya, saya boleh membantu..
Bagaimana??
Harga cukup istimewa dari saya

Hubungi saya di :
FaceBook : Qaseh Amani
sms/wechat/whataspp: 017-6124528

0 comments:

Post a Comment