Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Ha... tau tak bagaimana jerawat terbentuk?? lihatlah animasi di atas bagaimana jerawat terbentuk
Berikut merupakan punca-punca jerawat yang saya ambil dari blog Dr Hassenah. Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit lehir manusia.
Hormon Dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous menegmbang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remajja. Cara terbaik mengawal hormon adalah dengan pengambilan GLA Complex.
Bakteria Dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat. Cara menghapuskan bakteria jahat secara semulajadi adalah dengan mmenguatkan imuniti badan dengan pengambilan Nutriferon.
Pemakanan Dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta terperinci, tetapi diet yang mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang badan dan leher pesakit.
Stress Dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. Supplement paling sesuai untuk mengawal stress adalah Vita-Lea atau B-Complex.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan yang mepunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh mnyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat komplex dan dikatakan boleh wijud daripada banyak punca. Punca jerawat mungkin berbeza mengikut Jenis Jenis Jerawat seperti dalam penulisan saya yang lepas. Maka cara rawatan juga adalah berbeza.
Anda juga meminati ini, klik di sini :
Hubungi saya di :
FaceBook : Qaseh Amani
Sms/Wechat/Whatapp : 017-6124528
Cod: Gemas, Segamat, Tampin, Bahau, Palong dan penghantaran ke seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, menyembuh, mencegah pelbagai penyakit *
Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google + 1 :-)
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, menyembuh, mencegah pelbagai penyakit *
Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google + 1 :-)
0 comments:
Post a Comment