Assalamualaikum dan salam sejahtera, tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa ibu hamil akan di masukkan ke hospital. Sewaktu saya hamil dulu, saya pun kerap masuk di hospital. Ini kerana saya selalu mengalami Sawan atau Fitting. Antara sebab saya dapat sawan ni adalah berpunca daripada takanan darah yang tidak stabil.. Dalam keadaan saya tidak sedar, waktu tidur pulak ianya datang, kesiaan suami saya tidak cukup tidur untuk menjaga saya masa itu. Di sisi saya ingin berkongsi sedikit tentang bahayanya Darah Tinggi ketika hamil.
Kenapa Tekanan Darah Tinggi Merbahaya?
Punca utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eclapmsia yang boleh menjurus kepada ECLMAPSIA, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eclampsia dan eclampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eclampsia
JENIS-JENIS DARAH TINGGI
Penyakit darah tinggi kronik
- Ia adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai darah tinggi.
- Penyakit darah tinggi kronik mungkin boleh menjadi lebih teruk sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan memberikan pauntauan yang teliti terhadap tekanan darah selepas trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang digunakan agak selamat semasa hamil dan selalunya doktor akan menukar ubat yang biasa dimakan sebelum hamil kepada yang lebih sesuai untuk wanita hamil.
Tekanan darah tinggi disebabkan oleh kehamilan (PIH)
- Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami eclampsia tetapi agak sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir mereka yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah tinggi akhirnya semasa lebih berusia.
Pre-eclampsia (PE)
- Pre-Eclampsia(PE) adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.
- Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut.
- Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.
Penyebab Pre-Eclampsia
- Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang sepatutnya.
- Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah.
Apa yang menyebabkan PE lebih kerap terjadi?
Keadaan berikut boleh diri anda lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.- Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
- Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
- Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
- Migrane
- Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
- Mempunyai hypertension kronik
- Terlalu kurus
- Terlalu rendah
- Kandungan kembar
- SLE
- Kandungan molar
Rawatan
- Sekiranya anda mengalami PE yang teruk, rawatan yang paling berkesan ialah dengan melahirkan. Ia tidak menjadi masalah sekiranya kehamilan mencecah 38 minggu tetapi sekiranya baru 30 minggu, ia boleh memberikan delima kepada doktor disebabkan bayi yang sangat pra-matang. Adalah menjadi kebiasaan untuk meng’induce’ kehamilan tersebut atau melahirkan bayi melalui pembedahan ceasarean.
- Bagi meraka yang mengalami PE yang sederhana atau ringan, kehamilan boleh diteruskan sehingga anak menjadi lebih matang, dengan syarat PE tersebut dalam keadaan terkawal. Tetapi sekirnya ia sudah dalam keadaan yang membahayakan, selalunya kelahiran akan dipastikan untuk menyelamatkan nyawa ibu tak kira apa usia kandungan.
Adakah ia boleh terjadi lagi?
- PE boleh terjadi semula pada kandungan kedua sekinya anda pernah mengalaminya pada kandungan terdahulu. PE yang sederhana mempunyai kurang risiko untuk terjadi semula pada kandungan seterusnya adalah lebih kurang 5-10% sahaja.
- Sekiranya wanita pernah mengalami PE yang teruk, risiko untuk mengalaminya pada kandungan akan datang adalah lebih tinggi iaitu 20-25%. Malangnya buat masa sekarang tiada ubat atau cara mujarat untuk memastikan ia terjadi atau berulang kali kedua
Risaunya kalau saya mengandung pada masa akan datang. Takut ianya berulang kembali.
Tapi Inn Sya Allah, dengan mengamalkan Set Mengandung shaklee ini nanti, semuanya selamat dan tidak macam dulu. Inginkan mencegah dengan selamat, jom amalkan OMEGA GUARD Shaklee, ianya mampu mengawal takanan darah tinggi.
Hubungi saya di :
FaceBook : Qaseh Amani
Sms/whatsapp : 017-6124528
Cod : Gemas, Segamat, Tampin, Palong, Bahau dan Penghantaran ke seluruh Malaysia
* Ptoduk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat,menyembuh, dan mencegah pelbagai penyakit *
* Jika merasai maklumat ini memanfaat, jangan lupa klik google+1 :-) *
0 comments:
Post a Comment