Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berat badan yang tidak seimbang akan selalu membuatkan diri kita ini lemah, cepat penat, sakit lutut, sakit tumit dan juga boleh mengakibatkan diri kita ini selalu di pandang serong iaitu di angap GEMUK.....
Bagi setiap wanita, memiliki tubuh langsing ataupun potongan bentuk badan ala-ala ratu kerengga adalah dambaan golongan ini, malah mereka berpendapat perkara ini meningkat lagi keyakinan diri apabila berhadapan dikhalayak umum
Maka tidak hairanlah jika ada di antara mereka sanggup berbelanja besar dan mencuba pelbagai produk pelangsingan badan untuk merealisasikan hasrat untuk memiliki bentuk tubuh yang menarik dan berat badan ideal
Dek kerana keghairahan mereka itu, juga menimbulkan pelbagai keluhan malah ada sudah berputus asa kerana apa yang diusahakan selama ini tidak membuahkan hasil
Dari segi psikologinya timbul rasa menyesal, antara luahan yang paling popular adalah berbunyi seperti berikut
" KALAULAH AKU TAHU BERAT NAIK MENDADAK MACAM NI,
DARI DULU AKU AMALKAN MAKANAN YANG SEIMBANG "
Sebenarnya punca berat badan naik dan susah turun adalah disebabkan kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar antaranya seperti berikut.
Dengan pengambilan pemakanan yang sihat, anda akan berjaya untuk kurus yang sihat .
Pengambilan air soda
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang
Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa
Kurang tidur
Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan
Tidak bersarapan
Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti
Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari
Makan terlalu cepat
Kunyang makanan perlahan-lahan. Ini tidak, kalau makan berkenaan terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala itu tak sempat kunyah sudah telan terus
Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang
Kurang minum air putih
Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum
Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan
Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti
Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi
Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam dan amalkan pola pemakanan sihat
Makan Ketika Tertekan/Stress
Ketika stress, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik
Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal
Makan Dengan Potongan Yang Besar
Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan
Malas Bersenam
Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan , tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman
Kesimpulannya badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam
Makan Lewat Malam
Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah
Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal
Di sini saya ada memberi sedikit panduan cara pemakanan yang sihat.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
- Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
- Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
- Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
- Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
- Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
- Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
- Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
- Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
- Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
- Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
- Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
Inginkan berat badan yang seimbang, Set Kurus Shaklee boleh membantu. Tanpa perlu berlapar, tanpa sakit perut yang amat sangat, Ianya amat selamat sekali .Sebelum itu, jom kenali gemuk yang di alami sekarang, KLIK SINI
Ingin tahu Testimoni yang berjaya? Klik di sini
Ingin tahu Testimoni yang berjaya? Klik di sini
Harga??? Dan rundingan adalah istimewa sekali..
FaceBook : Qaseh Amani
Sms/wechat/whatsApp : 017-6124528
0 comments:
Post a Comment