Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah membaca entri saya yang lepas? mengenai Darah Tinggi semasa hamil dan cara kawalan dengan shaklee. Setiap individu lain penyakitnya. Tidak semestinya ibu yang hamil akan mempunyai darah tinggi atau kencing manis. Ada yang sihat juga tau, tapi ibu hamil jangan lah risau ye, shaklee ada segalanya untuk mengawal masalah ini.
Hari ini saya ingin berkongsi salah satu masalah juga ketika hamil. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia
adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa
kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin
yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin
mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan
membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk
memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan
seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan
ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan
menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Tanda-tanda penghidap kencing manis.
Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap
temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini
mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang
terbaik untuk mengesan penyakit ini.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
- keletihan;
- dahaga yang terlampau;
- membuang air kecil dengan banyak;
- penglihatan kabur.
Jika ibu mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.
Kesan terhadap kandungan.
Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat
mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik
untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah
ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko
yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan
akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis
didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari
nanti.
Siapa yang risiko yang mendapat kencing manis
Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
- Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
- dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
- anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
- keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
- keluarga
anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang
tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan,
Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.
Mempunyai kencing manis sebelum hamil
Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik
berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan
mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum
anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk
mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko
masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda
akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula
dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.
Sumber : babycenter
|
Set Cadangan untuk kawalan kencing manis |
Inginkan kawalan kencing manis semasa mengandung? Sayangkan kandungan anda, jom amalkan pengambilan set shaklee. Ianya amat sesuai untuk sesiapa sahaja.
Boleh hubungi saya di :
Sms/Whatsapp :017-6124528
Cod :Gemas, Segamat, Tampin, Bahau, Palong dan penghantaran ke seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, menyembuh, dan mencegah pelbagai penyakit*
*Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google+1 :-) *
0 comments:
Post a Comment