Assalamualaikum dan salam sejahtera, sewaktu saya hamil dulu saya di sarankan untuk minum air gula. Pada mulanya saya terkejut juga, ye lah dalam keluarga saya tidak ada yang mengalami kencing manis ( diabetis ). Rupanya di setiap klinik kerajaan sekarang, minum air gula adalah wajib untuk memeriksa ibu yang hamil menghidap GDM. Ini kerana ibu hamil berisiko mendapat Gestational diabetis ( GDM ) ini adalah kencing manis @ diabetis yang terjadi hanya ketika hamil sahaja dan bukanya ketika tidak hamil.
Terdapat 2 kaedah ujian GDM
- Ibu hamil perlu berpuasa selama 4 - 8 jam. Bacaan gula akan diukur dan selepas itu ibu hamil akan minum air gula yang pekat. Dalam tempoh 2 jam kemudian, bacaan gula akan di ukur semula
- Kandungan gula dalam darah yang dibuat selepas 2 jam minum air gula adalah normal, maka ibu hamil ini tidak mengalami GDM. Jika bacaan tidak normal, wajib melaksanakan kaedah 1 lagi.
Adalah GDM bahaya pada kandungan?
Kebanyakkan ibu yang menghidapi GDM anak yang dilahirkan dengan sihat, terutamanya apabila mengawal kandungan gula dalam darah mereka dengan pemakanan yang sihat, membuat senaman ringan dan mengekalkan penambahan barat badan yang seimbang. Namun dalam beberapa kes GDM boleh memberi kesan yang merbahaya pada kandungan.
Diantara risokonya:
- Tubuh badan bayi dalam kandungan lebih besar dari normal, maka ibu berisiko untuk melahirkan bayi dalam keadaan pembeddahan ceaseran.
- Kandungan darah dalam badan bayi terlalu rendah. Dalam kes ini, disarankan untuk menyusukan bayi secepat mungkin agar dapat membantu prnyaluran glucose pada tubuh badan bayi. Dalam kes yang kritikal,bayi mungkin terpaksa diberi glucose dengan tiub
- Bayi risikomendapat jaundis
- Bayi mungkin sukar untuk bernafas dan perlu memberikan bantuan oksigen
Selalunya, bagi ibu yang mengalami GDM, doktor selalu sarankan menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang.
Diantara tip-tip yang boleh dijadikan panduan adalah :
1) Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ianya sentiasa di kawal
- Adalah lebih mudah untuk sentiasa mengetahui bacaan gula dalam darah anda, iaitu dengan selalu membuat pantauan di klinik-klinik berhanpiran. Dan seandainya berkemampuan, boleh saja membeli alat pengukur sendiri dan boleh membuatnya di rumah.
- Selalunya doktor akan mencadangkan pemakanan yang sihat pada ibu hamil. Selalunya pengawalan makanan yang berkarbohidrat adalah mustahak, makanan yang tinggi gula harus dikawal.
- Bersenam dapat membantu mengawal tahap gula dalam badan.
- Pastikan penambahan berat badan dengan seimbang,penting untuk membuat rekod sendiri. Selalunya klinik kesihatan dan hospital akan memantau juga dalam kes ini
- Ini akan membantu anda untuk mengtahui tahap paras gula dalam badan, dan juga tahap pemakanan ibu yang seimbang.
Senaman YOGA baik untuk ibu hamil |
Pada kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak, paras gula dalam darah akan kembali normal. Enam minggu kemudian, ibu akan membuat ujian darah untuk memastikan paras gula adalah normal. Ini juga membantu ibu untuk mengetahui diabetis pada masa hadapan.
Seaidainya pada masa hadapan, ibu kembali hamil. Janganlah risau ye kalau disuruh membuat ujian darah ini dan juga memberikan minum air gula nie. Ini adalah yang terbaik untuk ibu dan anak dalam kandungan.
Ingin menjaga kandungan dengan baik? Dan juga kesihatan ibu..Klik di sini:
- Set Trimester Pertama
- Set Trimester kedua & ketiga
- Kawalan darah tinggi
- Kawalan paras gula
Boleh hubungi saya di :
FaceBook : Qaseh Amani
Sms/Whatsapp : 017-6124528
COD : Gemas, Segamat, Tampin, Bahau, Palong dan penghantaran ke seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, menyembuh, dan mencegah pelbagai penyakit*
* Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google+1 :-) *
0 comments:
Post a Comment