Sunday, 1 June 2014

TANDA-TANDA DAN GAJALA AWAL KEHAMILAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kebanyakan orang tidak perasan dengan tanda-tanda awal kehamilan. Ye lah selalunya sibuk dengan urusan seharian. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang tanda-tanda awal kehamilaan, supaya tidak terlambat untuk membuat persedian untuk mendapat zuriat.



Sewaktu saya mengandung dulu, saya tidak mengalami loya-loya,pening,atau mabuk. Yang mendapat semua ini adalah pada suami saya, ha...terbalik pulak kan, saya mengandung die pulak yang mabuk.

Pesan doktor saya dulu, kalau mengalami haid yang datangnya sehari, ini adalah proses penampalan di rahim.Ini adalah tanda saya, haid sehari je.. tunggu semingu apabila membuat pemeriksaan ianya.... Positif hamil. Saya amat teruja sekali. Lain orang, lain tandanya tau..

10 GEJALA DAN TANDA DI AWAL KEHAMILAN

1) KELEWATAN HAID


Kelewatan haid adalah salah satu tanda awal kehamilan yang paling umum. Jika kitar haid yang anda teratur, haid yang lambat lebih dari seminggu adalah salah satu tanda awal kehamilan. Oleh itu, mestilah melakukan ujian kencing kehamilan ( UPT ) .Jika kitaran haid yang tidak teratur , kemungkinan besar haid anda akan lewat akibat tekanan ( macam saya ), stress, cara pemakanan atau keletihan.

2) LOYA ATAU MUNTAH


Loya dan muntah juga dikenali sebagai morning sickness dimana ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Gejala ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam darah terutama hormon hCG boleh menyebabkan rasa mual. Keloyaan biasanya terjadi pada trimester pertama kehamilan dan mula berhenti apabila masuk ke trimester kedua kehamilan.

3) SAKIT DAN TEGANG BUAH DADA


Salah satu tanda awal kehamilan perubahan fizikal adalah perubahan kepada payudara anda. Anda boleh merasai sakit dan tegang pada payudara yang semakin membesar dan berat. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone. Payudara anda akan menjadi sensitif dan akan berasa sakit dan tegang apabila dipegang.

4) BERASA LETIH DAN MENGANTUK


Berasa letih dan mengantuk untuk ibu hamil disebabkan oleh perubahan hormon . Ia juga akibat dari kerja beberapa organ penting seperti buah pinggang,jantung, dan paru-paru yang semakin bertambah untuk ibu dan perkembangan bayi yang pesat pada awal kahamilan.

5) SAKIT BELAKANG

 Peningkatan hormon progesterone dalam tubuh badan ibu hamil dan jangkitan saliran kencing selama kehamilan boleh menyebabkan sakit belakang di kalangan ibu mengandung.

6) SAKIT KEPALA KERAP DAN MURAM


Gangguan sakit kepala sering berlaku di kalangan ibu mengandung.Ianya disebabkan oleh rasa lelah, loya, muntah, lapar dan tekanan darah rendah.Perubahan hormon di dalam tubuh ibu hamil menyebabkan emosi ibu terganggu dan merasa muram.

7) RASA KELAPARAN BERPANJANGAN

Sesetengah ibu hamil terasa mual apabila mencium bau makanan tertantu.Akan tetapi sesetengan ibu hamil sangat ingin makan makanan tertentu dan berasa lapar yang berpanjangan. Ini disebabkan perubahan hormon dalam tubuh ibu hamil.

8) PERUBAHAN WARNA PADA KELILING PAYUDARA

Puting susu anda akan semakin membesar dan warna pada keliling payudara akan semakin gelap. Kadang-kadang ia semakin gatal. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone.

9) KEKERAPAN KENCING
Perubahan hormon dalam darah menyebabkan sistem sirkulasi pendarahan dalam tubuh meningkat untuk perkembangan bayi yang pesat dalam kandungan. Oleh itu buah pinggang akan bekerja lebih keras dan menghasilkan air kencing yang banyak.

10) UJIAN AIR KENCING YANG POSITIF

Akhirnya anda boleh menggunakan alat ujian kencing kehamilan ( UPT ) untuk mengesan kehamilan.Jika ia menunjukan positif, jangan anda berasa gembira dahulu sebelum anda menjumpai doktor dahulu untuk menjalani ultrasound scan. Ini adalah memastikan kehamilan dan bukan kehamilan di luar rahim ataupun kehamilan molar ( anggur ). Walaupun keputusan yang positif menunjukkan peluang kehamilan yang sangat tinggi.

Sumber : Bayi.Ibu. Com

Sudah mengetahui tanda-tanda awal kehamilan, dan kini yakin sudah mengandung. Mesti gembira sekali, olehitu mestilah menjaga pemakanan yang seimbang, amalkan supplement yang baik untuk menjaga kandungan. Yang penting janganlah buat kerja berat ye lah.. di awal kehamilan ini banyak risiko untuk keguguran

Oleh itu, saya cadangkan di awal kehamilan ini haruslah mengamalkan set kehamilan shaklee iaitu :


Ingin dapat yang terbaik, boleh hubungi saya di :
FaceBook : Qaseh Amani
Sms/whatsapp : 017-6124528
Cod : Gemas, Segamat, Tampin, Bahau, Palong dan penghantaran ke seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, menyembuh dan mencegah perbagai penyakit*
* Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google+1 :-)* 

0 comments:

Post a Comment