Monday, 2 June 2014

PERUBAHAN YANG PERLU DI JANGKA PADA SETIAP IBU YANG MENGANDUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kehamilan adalah salah satu berita yang menggembirakan bagi setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Sama ada ianya lambat dan cepat sahaja, yang penting kita berusaha.Kehamilan terbahagi kepada tiga trimester, trimester pertama adalah 0 - 12 minggu ( 3bulan ) sejak hari pertama anda menstruasi. Ini adalah satu perasaan yang amat teruja bagi setiap pasangan, keinginan ingin tahu dalam diri, untuk mengetahui keadaan janin yang sihat.




Adalah sangat penting untuk semua ibu mengandung bersedia untuk bulan-bulan yang akan datang dan belajar untuk membezakan gejala-gejala yang tidak selesa dan tanda-tanda bahawa mungkin ada masalah dengan kehamilan.

APA PERUBAHAN YANG PERLU DI JANGKA?

PERUBAHAN PADA BADAN
Setiap kehamilan adalah berbeza diantara semua wanita. Ada wanita yang mengandung sihat sepanjang kehamilan mungkin 3 bulan pertama atau sehingga melahirkan tetapi ibu lain mungkin hadap saat yang sukar. Mungkin ibu perlu kenal simptom yang tidak mendatangkan bahaya atau simptom apa yang perlu untuk ibu rujuk pada doktor.

 PENDARAHAN
Kira-kira 25% daripada wanita mengandung mengalami pendarahan semasa trimester pertama meraka. Pendarahan ini adalah " light spotting" yang membawa maksud bahawa embrio yang aisenyawakan telah diimplan di dalam uterus. Seandainya ibu mengalami pendarahanyang ketara, kekejangan atau sakit yang tajam di dalam abdomen ibu-ibu seharusnya menghubungi doktor atau terus pergi hospital ya... Ini kerana takut-takut tanda keguguran atau kehamilan di luar rahim.

PERUBAHAN PAYU DARA
Dada yang sakit adalah satu tanda-tanda awal kehamilan. Ini disebabkan tercetusnya perubahan hormon dalam badan. Ianya dimana salur payu dara kita sedang bersedia untuk diproses penghasilan susu badan dan keadaan ini mungkin akan terus berlaku sepanjang trimester pertama. Ini akan mengakibatkan saiz bra akan berubah, seharusnya ibu-ibu bersedia untuk membeli yang sesuai untuk payu dara supaya ianya selesa.

KEPUTIHAN
Ini adalah normal semasa awal kehamilan. Keputihan biasanya tidak teruk sekadar keputihan yang nipis. Kalau tidak selesa pakailah pantyliner tapi jangan pakai tanpa sebab, kerana ianya boleh mengandungi bakteria dan jangkitan pada vagina. Tapi keputihan berbau, hijau dan kuning segeralah jumpa doktor atau membuat pemeriksaan pada miss v.

KELESUAN
Masahamil badan kita bekerja keras untuk menyokong perkembangan janin. Ambil rehat yang cukup dan tidur yang cukup. Pastikan dapat zat besi yang cukup, kalau tidak ibu akan mendapat anemia ( kurang darah ) yang boleh menyebabkan kelesuan yang teruk.

KETAGIHAN DAN MENGIDAM MAKANAN
Sebelum hamil mungkin kita tidak lapar atau mengidam sesuatu makanan, akan tetapi semasa hamil selera kita akan bertambah dan akan mengidam sesuatu. Semua kita nak makan, yang mana kita tidak suka dulu,tapi sekarang minat pulak. Ini adalah normal ye..

MOOD BERUBAH / MOOD SWINGS
Morning sickness - muntah dan pening adalah salah satu daripada gejala yang biasa pada kehamilan. ia hasil daripada perubahan hormon dalam badan dan ia boleh berlangsung melalui keseluruhan trimester pertama. Bagi sesetengah ibu mengandung, loya adalah sederhana, orang lain mungkin mulakan hari tanpa muntah. Mual akan teruk apabila waktu pagi, ini lah yang di sebabkan namanya Morning Sicness. Untuk menenangkanya, cuba makan sedikit makanan tinggi protein dan minum jus buah-buahan.

PENAMBAHAN BERAT BADAN
Kehamilan merupakan salah satu daripada kali dalam kehidupan seorang ibu. Penambahan berat badan adalah diangap amat baik, tapi janganlah keterlaluan pula. Semasa trimester pertama, ibu perlu mendapatkan kira-kira 3 hingga 6kg ( Ini akan doktor atau jururawat masyarakat syorkan mengikut BMI kita )Walaupun ibu ada tambahan orang dalam perut, jangan ikut pepatah " makan untuk dua orang". Ibu hanya perlu kira-kira 150 kalori tambahan sehari semasa trimester pertama. Dapatkan kalori secara yang sihat, dengan menambah tambahan buah-buahan dan sayur-sayuran, susu, roti, gandum dan daging tanpa lemak untuk diet ibu-ibu.

Pada setiap ibu yang hamil, pengambilan nutrisi-nutrisi tambahan adalah sangat penting pada kandungan ini. Ini kerana bagi memastikan kesihatan ibu dan kandungan berada ditahap yang baik. Pengambilan supplemet tambahan yang saya maksudkan adalah :


Ingin dapatkan yang terbaik, boleh hubungi saya di :
Facebook : Qaseh Amani
Sms/whatsapp : 017-6124528
Cod : Gemas, Segamat, Tampin, Palong, Bahau dan penghantaran ke seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, menyembuh dan mencegah perbagai penyakit *
* Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google+1 :-) P*

0 comments:

Post a Comment