Wednesday 11 June 2014

Atasi HB Rendah Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada bulan ini saya selalu suka berkongsi tentang ibu hamil. Ini kerana anak yang di kandung adalah anugerah yang tidak terhingga pada setiap orang. Apa yang harus kita lakukan adalah menjaga kandungan dengan baik. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang kekurangan zat besi pada ibu hamil.



Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.


Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Seperti mana kebanyakan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik bagi zat besi.

Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anaemia.


Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah
  • Teh, kopi, koko, wain merah
  • Lemak
  • Bijirin. produk soya
  • Susu, produk tenusu, kalsium
  • Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
  • Magnesium, tetracyclines, thyroxine

Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah
  • Daging merah, telur kuning, ikan
  • Sayuran  
  • Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
  • Gula
  • Cuka
Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi lebih berkemungkinan mengalami anaemia. Anda juga lebih berkemungkinan menghidap anaemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat besi dalam badan anda telah sedia berkurangan, mungkin kerana jarak antara kehamilan terdahulu dan kehamilan kini sangat rapat, atau darah haid anda keluar sangat banyak sebelum anda hamil.

Jika anda mengandungkan anak kembar, maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anaemia.

Thalassaemia juga adalah penyebab biasa bagi anaemia semasa hamil. Thalassaemia ialah penyakit kecelaruan darah yang diwarisi, di mana keupayaan untuk menghasilkan rantai hemoglobin, samada alfa ataupun beta, terjejas

Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi anaemia. Namun anda mungkin tidak sedar bahawa anda menghidap anaemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak mengalami anaemia. 

Gejala HB rendah :
  • Pucat
  • Rasa resahdan lesu
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa nak pitam selalu
  • Kebas kaki dan tangan
  • Degupan jantung yang laju
Jadi para ibu perlu mengambil tahu kalau mengalami gejala seperti ini haruslah berjumpa dengan doktor anda ye. Ini kerana kalau ibu mempunyai masalah HB rendah, akan mendatangkan risiko terhadap bay.
Risiko HB rendah ketika hamil:
  • Keguguran
  • Masa untuk melahirkan anak lebih lama
  • Pendarahan selepas melahirkan anak
  • Bayi lahir dengan berat yang rendah
  • Risiko kecacatan bayi
Tip berguna untuk ibu hamil :

  • Amalkan Vitamin C bersama-sama makanan pengambilan zat besi
# Vitamin C membantu tubuh menyerap vitamin zat besi dengan baik . Contohnya cuba makan ayam panggang, brakoli kukus, dan beras perang. Brakoli kaya dengan vitamin C dab zat besi adalah daripada ayam, atau sarapan dengan roti yang diperkaya dengan zat besi bersama jus oren.
  • Elakkan makanan yang tinggi kalsium apabila memakan makanan yang kaya dengan zat besi
# Kalsium boleh mengurangkan penyerapan zat besi di dalam badan, contohnya minum susu selepas pengambilan makanan di atas.
  • Elakkan pengambilan Kafein

Bagi ibu hamil yang mahu mencuba pengambilan shaklee bagi mengatasi masalah HB rendah, Saya sarankan pengambilan Vitalea Iron Formula bersama-sama vitamin C.Sama ada SR Vitamin C dan Chewable Vitamin C.


Boleh Hubungi Saya Di :
FaceBook : Qaseh Amani
Sms/whatsapp : 017-6124528
Cod : Gemas, Segemat, Tampin, Bahau, Palong dan penghantaran ke seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, menyembuh dan mencegah pelbagai penyakit *
* Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google+1 :-) *

0 comments:

Post a Comment