Wednesday, 27 August 2014

Punca-Punca Anemia Berlaku

Kehidupan seharian sekarang yang sibuk dan aktif adalah punca seseorang itu kurang mengambil berat tentang kesihatan sendiri. Tiada masa untuk mengambil makanan yang khasiat dan seimbang.
Seperti yang kita ketahui,anemia atau yang kita kenali sebagai kurang sel-sel darah merah sering terjadi pada kaum wanita dan juga remaja.



Darah merah secara umumnya berfungsi membawa bekalan oksigen makanan ke tisu badan untuk kegunaan seharian. Ia sel darah utama selain sel darah putih dan platlet.
Kandungan darah merah dalam lelaki dewasa ialah 13g/dL, manakala bagi wanita dewasa ialah 12 g/dL. Bagi kanak-kanak pula, jumlahnya 11g/dL. 

Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan bekalan oksigen dan makanan tidak sampai kepada tisu badan, seterusnya mengakibatkan fungsi tisu terganggu, malah lebih merisaukan ia boleh menyebabkan tisu itu ‘mati’ atau tidak berfungsi. Kurang darah merah dipanggil anaemia.
Simptom kurangnya sel darah ini adalah berbeza bergantung kepada individu serta punca kekurangannya. Ada kala, pesakit tidak mempunyai simptom.


Namun, secara umumnya, pesakit mengalami keletihan, lemah anggota badan, kelesuan dan kadangkala hilang tumpuan. Selain itu pening, loya, muntah dan berpeluh juga boleh terjadi. 




Menurut Pakar Perubatan Pusat Perubatan Pantai, Cheras, Kuala Lumpur, Dr. Loo Kok Liam, darah manusia terbentuk atas dua komponen utama iaitu plasma darah iaitu cairan tidak berwarna dalam darah yang berfungsi sebagai pembawa air, mineral, ion dan zat makanan ke seluruh jaringan tubuh.

``Sel darah pula terdiri dari sel darah merah yang mengandungi hemoglobin, sel darah putih berfungsi sebagai antibodi dan dan keping darah atau platelet yang berfungsi menghentikan pengaliran darah akibat luka di luar kulit,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah kesihatan bertajuk kurang darah atau anemia anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya dalam masyarakat penyakit kurang darah yang biasa disebut dengan anemia sebenarnya bukan bermaksud kurang kandungan darah di dalam tubuh.

Definisi yang lebih tepat adalah kurangnya sel darah merah kerana kadar hemoglobin yang rendah dalam darah.

``Anemia disebabkan kekurangan dalam bilangan sel darah merah atau hemoglobin, iaitu pigmen pembawa oksigen.

``Kekurangan ini boleh disebabkan pengeluaran sel merah yang tidak mencukupi oleh sum-sum tulang, kekurangan ferum dan bahan membentuk darah yang lain melalui penyakit seperti leukemia dan talasemia, kehilangan darah yang berlebihan atau jangkitan,'' katanya.

Sel darah merah terbentuk di sumsum tulang dan dalam pembentukannya ia memerlukan vitamin B12 dan folate.

``Salah satu bahagian yang menyusun sel darah merah adalah hemoglobin yang merupakan struktur protein iaitu bahagian dari sel darah merah dan yang menyebabkan warna merah pada darah.

``Hemoglobin bertugas membawa oksigen dari paru-paru dan membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh untuk memenuhi keperluan oksigen kepada seluruh tubuh,'' katanya.

Sambungnya pembentukan hemoglobin memerlukan zat besi yang terdapat banyak dalam sayur-sayuran hijau, daging merah dan organ dalaman haiwan.

``Bagaimana pun daging merah dan organ haiwan juga mengandungi kolesterol yang tinggi dan ia tidak sesuai diambil secara berlebihan.

``Anemia juga disebabkan kurang vitamin 12 dan folate yang diserap melalui usus kecil. Pengambilan daging dalam jumlah yang teratur dan sayur-sayuran hijau secara konsisten boleh mengatasi masalah kekurangan dua masalah tersebut,'' ujarnya.

Menurut pakar perubatan ini lagi, pembedahan tertentu pada saluran pencernaan seperti usus juga boleh menyebabkan anemia kerana sebahagian besar, zat besi akan melalui usus kecil. Apabila terjadi gangguan pada saluran pencernaan, pengaliran zat besi dari saluran pencernaan menjadi tidak konsisten.

Keadaan ini menyebabkan kurangnya kadar zat besi dalam tubuh sehingga pembentukan sel darah merah terganggu.

Katanya kehilangan darah yang disebabkan oleh perdarahan haid dalam jumlah yang banyak, luka, kanser dan ulser atau luka dalam perut.

Oleh itu, untuk mengatasinya kita seharusnya mengamalkan cara hidup yang sihat di samping mengamalkan vitamin yang mengandungi zat-zat yang baik, iaitu mengambil Set Supplement Anemia yang bernilai RM 235.00 ataupun mengamalkan pemakanan yang seimbang

FaceBook : Qaseh Amani
Sms/whatsapp: 017-6124528
Cod : Gemas, Segamat, Tampin, Bahau, Palong dan penghantaran ke seluruh Malaysia
* Ptoduk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, mencegah, menyembuh pelbagai penyakit*
* Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google+1 :-) *

0 comments:

Post a Comment