Thursday 27 February 2014

KESAN RAWATAN SELEPAS MELAKUKAN KEMOTERAPI, ( KENSER )

Assalamualaikum dan salam sejahtera,apa yang kita tahu, kanser adalah satu penyakit kronik yang boleh membawa maut di Dunia.. Tapi adakah kita tahu punca kanser ini??
Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging/sate hangus, lemak, sakarin (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai.

JENIS KANSER



Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser. 

Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan
kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.

 Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya. 


Apa itu Barah.

 Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.


Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Rawatan Barah
Rawatan barah adalah bergantung kepada jenis barah, bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak. Malah faktor jenis rawatan barah ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit. Kebanyakkan barah dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Satu atau lebih cara mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi barah.
Apa itu kemoterapi?
Kemoterapi adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawat barah dengan cara membunuh sel barah. Ubat kemoterapi ini berfungsi dengan cara menghalang sel barah daripada terus membahagi dan bertambah. Sel barah tersebut akhirnya rosak dan mati. Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam darah, ubat tersebut juga boleh membunuh sel barah di bahagian tubuh yang lain.
Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel barah. Oleh yang demikian gabungan beberapa ubat mungkin digunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik. Namun begitu, ubat kemoterapi ini turut memberi kesan kepada sel-sel badan yang normal dan ini menyebabkan beberapa kesan sampingan terjadi. Berbeza dengan sel barah, sel yang normal boleh bertambah dengan kadar segera menyebabkan kesan sampingan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Malah kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja rawatan kemoterapi tamat.
Pada kebanyakan keadaan, beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada pesakit. Hanya dalam kes-kes tertentu, sejenis ubat kemoterapi sahaja yang digunakan dalam rawatan.

Mengapa rawatan kemoterapi diberikan?
Tujuan rawatan kemoterapi adalah untuk menyembuhkan, mengawal penyakit barah atau mengurangkan gejala penyakit barah.
Tempoh rawatan dan kekerapan rawatan adalah bergantung kepada jenis barah dan ubat yang digunakan. Secara amnya, rawatan kemoterapi diberikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan walaupun adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang lebih singkat atau lebih panjang. Individu adalah digalakkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat.

Kesuburan
  • Kemoterapi boleh memberi kesan sementara atau kekal kepada kesuburan pesakit. Pesakit wanita mungkin menghadapi kitar haid yang tidak teratur atau putus haid tetapi keadaan ini hanyalah bersifat sementara. Walaupun kebarangkalian untuk mengandung menurun berikutan rawatan kemoterapi, masih ada pesakit wanita yang hamil setelah tamat rawatan.
  • Bagi pesakit lelaki, rawatan kemoterapi boleh mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Bilangan sperma dalam air mani boleh berkurang dalam jumlah yang sedikit atau dalam keadaan yang ekstrem - tiada penghasilan sperma. Kesan sampingan ini boleh bersifat sementara atau kekal. Sesetengah pesakit membuat keputusan untuk menyimpan sperma sekiranya ia diperlukan untuk kegunaan persenyawaan luar rahim kelak.
Merancang keluarga
  • Walaupun kadar kesuburan berkurangan berikutan rawatan kemoterapi, proses kehamilan masih boleh berlaku. Memandangkan kemoterapi boleh memberi kesan kepada telur (ova) dan sperma maka kehamilan tanpa dirancang adalah tidak digalakkan baik bagi pesakit wanita, pesakit lelaki atau pasangan. Maka kaedah cegah hamil yang sesuai perlu digunapakai. Sekiranya kehamilan berlaku, pesakit perlu berbincang dengan doktor secepat mungkin.
  • Pil perancang keluarga / cegah hamil mungkin diberikan kepada pesakit wanita muda bukan sahaja bertujuan untuk mencegah kehamilan tetapi juga untuk melindungi ovari daripada kesan sampingan ubat kemoterapi.
Masalah usus
  • Sesetengah pesakit mungkin menghadapi masalah seperti sembelit atau cirit-birit (setelah diberikan rawatan kemoterapi). Mereka ini digalakkan untuk meminum lebih air bagi mengatasi masalah ini.
  • Sembelit boleh dielakkan sekiranya pesakit mengambil makanan berserat tinggi seperti roti gandum dan pasta , bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Bagi mengatasi masalah cirit-birit pula, pesakit dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit secara kerap berbanding memakan makanan dalam jumlah yang banyak. Ambil makanan yang bersuhu suam atau sedikit sejuk berbanding makanan yang panas atau telalu sejuk. Elak makanan yang pedas, makanan berserat yang kasar, makanan berlemak atau yang digoreng, berkuah atau bersos, sosej dan buah-buahan atau sayuran yang mentah, berkulit atau berbiji. Makan makanan snek yang bersesuaian seperti sup, roti bakar, biskut, keju atau nasi. Apabila cirit-birit telah sembuh, penting bagi pesakit untuk mengambil makanan yang seimbang meliputi buah-buahan segar, sayuran dan bijirin.
  • Pesakit perlu melaporkan masalah sembelit, cirit-birit atau sakit perut kepada doktor yang merawat.
Masalah mulut
  • Ubat anti-barah juga boleh memberi kesan kepada lapisan dalam mulut dan adakalanya menyebabkan luka / ulser atau jangkitan mulut. Penjagaan kebersihan mulut adalah penting bagi semua pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. Pesakit digalakkan menggosok gigi dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Pesakit mungkin dibekalkan dengan ubat kumuran bagi mengelakkan jangkitan mulut seperti jangkitan kulat.
    Pesakit tidak digalakkan mengguna ubat kumur komersil tanpa merujuk dengan doktor terlebih dahulu kerana ianya berkemungkinan merengsa lapisan dinding mulut. Penggunaan sesudu garam dalam segelas air suam juga boleh digunakan bagi tujuan yang serupa.
  • Jika mulut anda kering, banyakkan mengambil cecair, terutamanya air dan makanlah makanan lembut seperti kaserol. Makan juga buah-buahan masam atau gula-gula berangin. Bincangkan masalah pergigian anda dengan doktor. Maklumkan dahulu kepada doktor gigi anda yang sedang menjalani rawatan kemoterapi sebelum menjalani rawatan pergigian.
Rambut gugur
  • Keguguran rambut adalah disebabkan kesan sampingan sementara ubat pada rambut. Walaupun begitu tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut. Tahap keguguran rambut adalah bergantung kepada individu dan jenis ubat yang diberikan. Rambut baru akan tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas rawatan kemoterapi diberikan.
  • Selain daripada keguguran rambut, pesakit juga mungkin kehilangan bulu pada bahagian anggota badan yang lain. Sekiranya pesakit dijangkakan akan menghadapi masalah keguguran rambut, penggunaan rambut palsu, topi atau skaf mungkin dapat membantu. Elakkan kulit kepala terdedah kepada sinar matahari atau keadaan sejuk yang melampau. Pesakit hendaklah menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Sekiranya bulu mata turut gugur, gunakan kaca mata untuk melindungi mata. Pada hari yang berangin, anda perlu memastikan rambut dan kulit sangat bersih.
sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment