Friday 4 July 2014

Cara Mencairkan Susu Beku Dengan Selamat

Penyusuan penuh pada anak sehingga usia 2 tahun amatlah di galakkan.Siapa kata susu badan ini tidak boleh di simpan dengan baik dalam peti sejuk.Dengan cara yang betul penyimpanan susu boleh kekalkan khasiat susu badan ini. Haba kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrisi penting dalam susu ibu.Untuk mengelakkan kekurangan nutrisi penting ini, haruslah mengikut langkah-langkah yang di beri.



Maklumat tempoh simpanan susu ibu .
  • Deep Freezer: 6-12 bulan
  • Freezer Peti Sejuk (2 Pintu) : 3-6 bulan
  • Freezer Peti Sejuk (1 Pintu) : 2 minggu
  • Letakkan susu ibu beku berhampiran dengan pintu bagi proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat.
  • Cairkan pada waktu malam, sebelum diguna pada esok harinya. Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya. Buka dan kacau perlahan untuk lihat susu cair sepenuhnya. Jika masih terdapat ketulan beku, masukkan semula ke peti sejuk dan biarkan ianya mencair lengkap. Atau letakkan di bawah air paip untuk cairkannya. 
  • Sebaiknya gunakan susu ibu yang telah cair secepat mungkin. Jika tak digunakan, boleh terus disimpan dalam peti sejuk hingga 5 hari (tanpa keluarkan dari peti sejuk). Alihkan atau jauhkan susu tersebut dari pintu peti sejuk. Bagi mendapatkan suhu yang lebih sejuk.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • Bekas plastik atau botol susu bebas BPA 
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras ( sepeti tupperwere )
  • Beast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu perahan yang di simpan di dalam suhu berikut :
  • Di dalam suhu bilik ( 19 hingga 26 darjah selsius ) tahan selama 4 jam
  • Di dalam bekas penyejuk  ( cooler bag/box ) ( kurang 4 darjah selsius ) tahan sehingga 12-24 jam
  • Di dalam peti sejuk ( kurang 4 darjah selsius ) tahan 7 hari
  • Di dalam peti sejuk bahagian peti beku  ( -18 hingga -20 darjah selsius ) tahan sehingga 3 - 6 bulan
Sumber

AMARAN: JANGAN BEKUKAN SEMULA SUSU IBU YANG TELAH CAIR
  
Langkah-langkah cairkan susu beku.

1) Untuk perahan susu yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk
  • Lakukan botol @ bekas susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika
  • Rendam botol di dalam bekas @ mangkuk yang berisi air panas@air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu bekum mencapai suhu yang diingini , tukarkan air rendaman dan rendam lagiuntuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan meratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda.
2) Untuk perahan susu yang disimpan di bahagian peti beku ( freezer)
  • Turunkan beberapa botol  (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke atas rak bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga boleh menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
  • Apabilasudah bersedia untuk memberikan kepada bayi anda, ikutlah langkah 1 tadi.
 AMARAN: JANGAN GONCANG, NUTRISI DAN ENZIM AKAN ROSAK
Tip penting:
  1. Guna susu perahan yang paling lama disimpan ( pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol @ bekas sebelum menyimpan susu 
  2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kualiti yang diperlukan sahaja
  3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan balik di dalam peti sejuk ( walaupun tidak di beri kapeda bayi ) susu ini harus di habiskan selama 4-6 jam.
  4. Susu perahan yang tidak habis di minum oleh bayi boleh disimpan ( dalam suhu bilik )  untuk tempuh 2-3 jam dan beri kepada bayi untuk seterusnya
  5. Susu yang telah diturunkan ke bahagian peti sejuk tidak boleh dibekukan semula . Susu ini perlu di habiskan dalam masa 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian peti beku )
  6. Susu yang disimpankan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari, selepas 7 hari susu yang belum senpat di gunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpananya. Tetapi bau dan rasanya mungkin berubah kerana sudah terlalu lama di simpan di dalam pati sejuk dan meyerap bau dalam peti sejuk.
Elakkan atau tidak boleh untuk cairkan susu
  1. Tidak boleh panaskan susu perahan terus di atas api dapur
  2. Tidak boleh panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro ( microwave oven)
  3. Tidak boleh didihkan susu perahan
  4. Sebab dan alasan kenapa tidak boleh.  susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan terlampau.
Seandainya mempunyai kos yang lebih, boleh juga menggunakan ini :
Ingin mencari set untuk menambahkan susu badan, klik sini



Boleh hubungi saya di :
FaceBook : Qaseh Amani
Sms/whatsapp : 017-6124528
Cod : Gemas, Segamat, Tampin, Bahau, Palong dan penghantaran ke seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, menyembuh, mencegah pelbagai penyakit *
* Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google+1 :-) *




0 comments:

Post a Comment