Assalamualaikum dan salam sejahtera,tahu tak gemuk ada jenisnya.
Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita
melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh,
sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di
mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam
kategori orang yang gemuk. Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan
gemuk tu kan? Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan
panggilan macam tu.
Okay….. Sekarang, jangan sedih-sedih lagi. Sebelum kita nak kuruskan
badan dan buang lemak-lemak yang ada kat badan kita ni, kita kena tahu,
jenis-jenis gemuk yang ada. Dan kita ni dalam kategori gemuk yang mana
satu. Bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya.
Okay…jom kita check!
Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan
kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu
akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di
lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan
makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada
bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.
Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu :
1- Jenis Gemuk Air
Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia
terjadi kerana apabila otak mendapati empunya badan jarang mendapatkan
air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan
mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada
waktu kecemasan nanti.
Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh
kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji
belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah
keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk
air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg
kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam
badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin
ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak
turun.
Antara punca lain gemuk air adalah kerana terlalu banyak garam di dalam
badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila
seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia
menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan
membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.
Minum Banyak Air Kosong
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana
kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau
air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah
gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.
Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.
Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup
rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu
banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya
kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi garam
tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.
Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan
degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin
juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.
Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air
ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging
dan berenang.
Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jelas amat penting kepada
piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita
yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.
Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat
badan. Malah, kandungan vitamin C juga penting buat anda yang berdiet.
Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu
fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah
cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet
ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.
Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan
pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga
pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk
mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.
2- Jenis Gemuk Angin
Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan
pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap
terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak, yang
ni kena jaga-jaga sikit. Jangan boom kat orang belakang sudah…hehe…
Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
3- Jenis Gemuk Lemak
Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung
dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu.
Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga
saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku
kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
4- Jenis Gemuk Daging
Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk
lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama
terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab.
Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid,
pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging.
Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana
lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan
InsyaAllah berkesan.
Nak tahu tak cara tentukan kita ini jenis gemuk yang mana..
- Picit bahagian tengah lengan,kalau ianya lembik dan menggeleber...ini adalah gemuk air dan angin
- Picit bahagian tengah lengan,kalau ianya terasa pejal dan padat...ini adalah gemuk daging
Gemuk
air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging
mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak
yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.Gemuk daging ini agak sukar prnurunannya atau mengambil masa yang agak lama,ini kerana banyak lemak sudah sebati dengan daging.
Kesemua ketegori di atas boleh di atasi dengan Set Kurus yang saya amalkan sekarang ini.
Kesemua lemak-lemak yang degil dapat di singkirkan dengan selamat,badan pun sihat. Tidak perlu berlapar hanya ikut saranan yang saya berikan sekali nanti.
Sebelum itu,jom layan testimoni yang berjaya... KLIK SINI ye
Boleh hubungi saya di :
Sms/whatsapp : 017-6124528
Cod : Gemas, Segamat, Tampin, Bahau, Palong dan penghantaran ke seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiaginos, merawat, menyembuh, mencegah pelbagai penyakit *
* Jika merasai maklumat ini manfaat, jangan lupa klik google+1 :-) *